Ekonomi Kekhalifahan Cordoba

Ekonomi telah berkembang maju di zaman Khilafah. Pada zaman permulaannya, kerajaan Kristian telah membayar ufti kepada Córdoba untuk menjamin keselamatan mereka. Pedagang-pedagang Muslim telah berdagang di Andalus dengan merentasi Mediterranean and lain-lain. Terdapat banyak kawasan perindustrian yang ditubuhkan semasa zaman pemerintahan Khalifah iaitu tekstil, seramik, gelas, kerja logam dan pertanian telah memberi faedah kepada negara. Tarif amat berpatutan. Cukai yang dikenakan kepada orang-orang Yahudi dan Kristian yang bernaung di bawah Khilafah juga adalah sumber lain pendapatan negara.